Serangan ke atas La Moneda Augusto Pinochet

Pada 11 September 1973, Gabungan Angkatan Tentera Chile (Tentera-Tentera Darat, Laut, Udara dan Carabinero) mengepung dan membedil Istana La Moneda serta memerintah agar Presiden Salvador Allende meletakkan jawatan. Allende enggan melakukan demikian, bahkan beliau membunuh diri beberapa lama setelah berjumpa dengan beberapa kakitangan pemerintah.[8] Dalam catatannya sendiri, Pinochet menyatakan bahawa beliau sendiri yang mempergunakan kedudukannya untuk mengatur bersama cawangan-cawangan dalam tentera dan polis untuk menggulingkan pemerintah, namun beberapa pegawai ada menyatakan bahawa Pinochet terlibat secara teragak-agaknya hanya beberapa hari sebelum kudeta tersebut dilangsungkan dan hanya mengikut pergerakan cawangan tentera yang lain.[petikan diperlukan]

Rujukan

WikiPedia: Augusto Pinochet http://www.cbc.ca/news/world/story/2006/12/12/pino... http://www.cambio21.cl/cambio21/site/artic/2012062... http://lahoradelpueblo.blogspot.com/2006/12/august... http://www.emol.com/noticias/nacional/detalle/deta... http://www.plenglish.com/article.asp?ID=%7B1D9E983... http://www.slate.com/articles/news_and_politics/ex... http://pinochet-biography.excathedra.dk http://www.elmundo.es/elmundo/2006/12/10/internaci... http://lccn.loc.gov/2008015654 http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/cltoc.html